Mengapa DALMEC

Operasi Ergonomik
Manipulator Dalmec adalah peralatan untuk mengendalikan beban secara manual. Oleh itu,  ia sesuai untuk mengurangkan risiko kecederaan pada belakang badan.

Peningkatan daya kerja
Keutamaan Dalmec terhadap inovasi teknologi yang berterusan dapat memastikan tenaga kerja yang dinamik dan aktif.
Manipulator Dalmec membolehkan pengendali untuk menggerakkan sebarang produk dengan mudah, pantas dan selamat. Ia dapat memaksimumkan tenaga kerja dan meningkat daya kerja.


Mengutamakan Keselamatan
Apabila memindahkan beban sehingga 900kg, keselamatan hendaklah diutamakan.
Tanda EC yang terdapat di setiap Manipulator menjamin dan mengesahkan keselarasan kepada peraturan keselamatan mengikut piawaian Eropah:


- 98/37 “Arahan pada Mesin”
- Piawaian Eropah mengenai keselamatan

Kemungkinan Tanpa Penghujung
Setiap Manipulator adalah gabungan beberapa penyelesaian kejuruteraan yang berbeza yang disesuaikan secara tersendiri mengikut keperluan yang tertentu setiap sektor perindustrian.

Pengendalian beban secara manual
Dekri Legislatif No. 626/1994 – Tajuk V

  • Metode NIOSH untuk Indeks Mengangkat di dalam Manual pengendalian bahan
  • Metode Snook dan Ciriello untuk kegiatan seperti menolak, menarik dan mengangkut beban di permukaan lantai.

Peraturan ini digunakan bagi kegiatan yang melibatkan pengendalian beban secara manual dengan risiko kecederaan kepada pinggang pengendali.
Tempat kerja hendaklah dipasang dengan kemudahan yang sesuai untuk mengurangkan risiko disebabkan pengendalian beban secara manual.
Jika pengendalian beban secara manual (mengangkat, menolak, menarik, mengangkut) tidak dapat dielakkan, maka majikan hendaklah menyediakan kemudahan yang sesuai kepada pekerja yang dapat mengurangkan risiko akibat dari operasi tersebut.
Had nilai bagi mengangkat beban:

  • Kg 30 Lelaki dewasa
  • Kg 20 Wanita dewasa
  • Kg 20 Lelaki remaja
  • Kg 15 Wanita remaja

Terdapat pekali (coefficient) pengurangan bagi had nilai, yang mengambil kira:

    • ketinggian tangan dari lantai semasa mula mengangkat
    • jarak tegak beban dari mula hingga akhir pusingan mengangkat
    • jarak di antara beban dan badan semasa mengangkat
    • putaran dada bagi sesaran sudut (angular displacement) beban
    • kemungkinan mengangkat beban

    The installation of mechanical arms also for weights lower than 30 kg, enables the operator to:
    • bekerja lebih pantas
    • mengurangkan keletihan fizikal
    • menjauhkan risiko cedera belakang
    • pekerja tidak mahir melakukan pengendalian secara manual
    • mengurangkan risiko kecederaan