Dalmec manipulator adalah fleksibel dan mudah disesuaikan – sebuah alat yang tepat bukan sahaja untuk mengawal proses pengeluaran dan meningkatkan daya kerja, malah ia juga untuk menyelesaikan masalah berkaitan pergerakan produk di dalam logistik. Dengan pendekatan berfokuskan pelanggan, dari menganalisa fungsi, reka bentuk dan pengeluaran, Dalmec manipulator digunakan secara maksimum di kebanyakan sektor dari industri mekanikal, kimia dan makanan hingga ke sektor pembangunan dan pengeluaran secara umum. Kunci kejayaannya bergantung pada pendekatan yang mudah, piawaian bermutu tinggi, keupayaan dan kepakaran kejuruteraan. Kekuatan dan penggunaan secara konsisten terhadap sebuah idea yang mudah membolehkan seseorang melakukan tugasnya dengan cara yang paling tidak membebankan.

 

Perkhidmatan Dalmec

Pengalaman Dalmec yang lama dalam bidang Manipulator memastikan perkhidmatan yang bermutu khususnya:
• Khidmat Pelanggan dengan petugas berkemahiran khusus yang mampu memberikan nasihat dan bantuan kepada Pelanggan dalam mengendalikan penyelesaian dengan betul.
• Petugas teknikal yang terlatih untuk memasang dan menyesuaikan peralatan seperti yang diperlukan.
• Para jurutera bersedia untuk membantu Pelanggan untuk melatih pengendali dan memasang peralatan pengeluaran.
• Khidmat selepas penjualan untuk penyenggaraan atau pembaikan.