Partner PM Inox
Dari kepakaran yang ditimba sejak bertahun-tahun, Dalmec sentiasa membaiki dan meningkatkan penggunaannya dan penyelesaiannya sejajar dengan keperluan-keperluan baru melalui kerjasama secara langsung dan berterusan di industri-industri utama, telah menghasilkan manipulator Partner PM dalam keluli tahan karat.
Manipulator yang baru dan peralatan cengkam dihasilkan mengikut projek yang dibina secara khusus sehubungan dengan keperluan untuk kebersihan di dalam industri farmaseutikal, pemakanan dan kimia serta di sekitaran yang steril.
Strukturnya dihasilkan menggunakan keluli tahan karat AISI 304 dengan beberapa bahagian dalam AISI 420/421. Kimpalan kebanyakannya di lakukan menggunakan metode MAG dan MIG di dalam sekitaran gas lengai; kimpalan utama, dari sudut pandangan estetik dan fungsian, telah dikisar dan dilicinkan. Permukaan yang dapat dilihat telah dikilatkan dan diberus.
Kapasiti berat maksimum sehingga 250kg dan jejari maksimum ialah 2500mm.
Inox Manipulator Partner PM dipasang dengan sistem cengkam yang sesuai yang boleh mengangkat dan mengendalikan pelbagai beban.
Di dalam rajah ini, ia dipasang dengan rahang pneumatik yang direka untuk mengosongkan sebahagian atau seluruh tong dan dilengkapi dengan piring dasar mudah alih untuk mengangkutnya menggunakan trak angkut.
Serba Boleh, Selamat, Produktif
Terdapat banyak penyelesaian manipulator untuk menangani masalah di setiap sektor perindustrian.
Hingga kini, Dalmec telah menghasilkan lebih 35,000 manipulator yang sedang digunakan di seluruh dunia.
Inovasi yang berterusan dilakukan pada reka bentuk dan penghasilan manipulator berergonomik tinggi serta digabungkan dengan tooling head yang ditempah dan dihasilkan khas untuk mengendalikan produk tertentu.